Thursday, August 19, 2010

MEMO : Program Sambutan Ambang Kemerdekaan

M E M O

KELAB RAKAN SISWA JASA MALAYSIA(KARISMA UPSI)

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Kepada : Ahli KARISMA UPSI

Daripada : Presiden KARISMA UPSI

Perkara : Senarai Nama Peserta yang Layak ke Program Sambutan

Ambang Kemerdekaan UKM dan Bengkel KARISMA

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Saudara/saudari,

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, Kelab Rakan Siswa JASA Malaysia - UPSI (KARISMA UPSI) telah memilih Peserta yang layak untuk ke Program Sambutan Ambang Kemerdekaan pada 30-31 Ogos 2010 bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia. Oleh itu, sila sahkan kehadiran andadengan berhubung terus kepada MOHD FAUZIE BIN MANDO (019-5144050) sebelum atau pada 21 ogos 2010dengan memberikan Nama Penuh dan No. Tel secara individu sebagai rujukan pihak kami.Kegagalan berbuat demikian menyebabkan nama anda dipotong serta-merta.

3. Sehubungan dengan itu semua Ahli KARISMA yang telah berdaftar dan Peserta Program Sambutan Ambang Kemerdekaan berkenaan diwajibkan hadir dalam Bengkel KARISMA berdasarkan ketetapan berikut:-

Tarikh : 22 Ogos 2010 (AHAD)

Tempat : Bilik E.Learning 4

Masa : *Sesi 1 > 10.00 am - 12.05pm

: *Sesi 2 > 12.05 pm - 2.00pm

*Sila pilih satu sesi sahaja

4. Ketidak hadiran Peserta Program Sambutan Ambang Kemerdekaan dalam Bengkel KARISMA akan menyebabkan nama anda ditukarkan dengan ahli lain. Anda tidak dibenarkan untuk mencari pengganti anda. komitmen semua ahli adalah sangat dihargai, semoga KARISMA UPSI maju bersama-sama ahli yang komited.

Sekian, terima kasih.

“MAHASISWA BERKARISMA PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA”

Yang benar,

…………………………………..

(MOHD FAUZIE BIN MANDO)

Presiden Kelab Rakan Siswa Jasa Malaysia (KARISMA)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

No comments:

Post a Comment